Welcome to My World

This blog is like a dump site to throw out all my emo, crappy craps & vomit out my tense during my menses day (slumber hah ;p). Oh yes! it's like a mapley or mamak stall that u can lepaking sambil gossipping or kutuking any hot topic or sizzling issue but roti canai & teh tarik will be not provided by any annei here wokei ;)
So to all the strangers out there...Straight...Gay...Lesbian..& no matter who u are... i don't give a damn. Chiow! Ops...and yeah..."World Peace!!!"

Tuesday, February 21, 2012

Wife a.k.a Isteri!

Lately aku selalu merungut...merungut dan merungut! Merungut tentang betapa susahnya menjadi isteri. Tentang betapa tak bestnya kawin ngan Navy. Kesian Mr Navy :( He's such a gud husband...sebab dia adalah seorang yang sangat PENYABAR. Aku pulak...seorang yang tak tau makna SABAR...maka dengan itu ia menjadi suatu situasi yang sangat MENCABAR! (ok...fine! aku dah start mengarut)

Being a wife is ain't easy...i must admit! But after read this...aku tewas dengan ego sendiri.

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Haruslah aku bersyukur dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab seorang isteri....kannnnn
I'M A PROUD WIFE NOW...


Yesss!!! I'm a strong woman & wifey to my luvly hubby
*pedoman utk diri sendiri*

Tuesday, February 14, 2012

Valentines!

Muahahaha...walaupun aku tak celebrate Valentines, tapi aku admit aku seronok gak time valentine ni sebab...

  1. Aku dapat bunga (walaupun bukan dari insan tersayang...haha...statement gila kejam :P)
  2. Aku dapat makan free...valentine lunch la gamaknya...pastu ada orang belanja minum kat pakcik..dapat cupcake dan yang sewaktu dengannya
  3. Everytime orang lalu-lalang depan aku pastu diorang wish...pastu kalo pompuan siap nak hug2 gitew...meriah uollllll...
Tapi tu la...still aku tak paham nape mesti Valentines day je yg diorang ni nak bagi aku bunga? tak leh ke bagi kat aku hari2? nape nak tunggu valentine baru nak belanja aku? tak leh ke belanja aku hari2? hah! ce jawab...

Tapi tu la...td time department lunch sempena valentines ni boss aku tanya apa maksud valentines untuk aku. Aku bagi tau dia aku tak celebrate valentine pastu dia macam pelik sikit. Dia tanya apasal aku tak celebrate (aku cam malas la nak explain dari segi keagamaan) aku cakap aku tak perlu nak tunggu valentines baru nak show of affection kat pasangan...aku just mention aku hanya celebrate tarikh2 yang lebih bermakna dalam hidup aku macam anniversary gitew. pastu dia tanya lagi...so valentines tu takde makna dalam hidup aku ke? So far aku jawab tak kot tapi bagi aku valentines ni best sebab aku dapat makan sedap2 free and dapat bunga from strangers...hik2.

Tapi tu lah...agak susah dan penat nak menjawab bila orang tanya...hey hubby u bg apa valentines ni...hey! valentines ni celebrate kat mana? Macam dah jadi budaya kita kan bab2 valentines ni. Tapi cam biasa...i just said "I tak celebrate valentines!" kalo diorang tanya nape...i just said "perlu ke celebrate?" hah! gila sarcas.

But then...i do celebrate hari kasih sayang. setiap masa hubby ada dengan i..itulah hari kasih sayang kitorang. Ye la..kitorang ni weekend husband and wife. Sangat jarang berjumpa...so time jumpa ni la macam2 benda nak buat and celebrate...celebrate means nak makan itu ini...nak buat itu ini...nak pergi sana sini. So sape yang husband and wife yang dapat tinggal satu bumbung tu...korang adalah sangat beruntung!!! U shud cherish every single moment that u have together....uwaaaaaa!!! kan dah emo.....uwaaaaa!!! i want my hubby now...sob2



for now leh upload gambar ni je sebab aku tatau mana aku letak cable camera so tak leh nak transfer
apa pun...jom kita tgk sape kah mamat yang sweet tu....










tuuuu diaaaaa.....







TQ Prez!!!

sekadar mengambil kesempatan yang ada untuk mempereratkan hubungan sesama kita

Thursday, February 9, 2012

Hijrah Itu Pengorbanan!!!

Kini...sedang mempersiapkan minda dan jiwa untuk berhijrah!
Oh....hati berkecamuk.Otak kian membiol :O Tak pe lah...demi orang tersayang...tipah rela!
hijrah itu pengorbanan *statement pujuk hati sendiri*

Tuuuu dia...monolog bini navy!


Gambar takde kena mengena dengan entri ni...ahaks :P

Friday, February 3, 2012

Errrrmmmm....


What say you??? mmmmmm.....
THANKS to pregnancy for transforming me to Nigellea's looks-a-like body :P
*actually tu hanyalah statement memujuk diri sendiri (baru lepas hentam nasi beriyani kat Asif)*

Moral of the story...marilah kita makan daging, mentega dan pencuci mulut untuk kelihatan gebu seperti dia....aaaauuuuwwwww ;)

Wednesday, February 1, 2012

Nasib Isteri Seorang Pelayar *sob2*

Huwaaaaaaaaa!!! aku sangat tension weyyyyy...tensi mak tau!!!!

Camni la nasib isteri seorang pelayar *nangis dalam hati* asyik kena tinggal je. Fed up la...asyik weekend je kena belayar...kalo aku cuti je laki aku belayar...bila masanya aku nak spend time ngan laki aku kalo macam ni. Hey Navy...im begging u!!! plisss have some mercy for me...huk2 toksah la lg kasi my hubby keje time2 weekend ni...boleh? boleh la ek

Dah la next weekend aku cuti pangjang sebab Isnin ngan Selasa tu kan public holiday tapi laki aku plak tadak. So cane? cane? aci tak??? tak aci kannnnnnn???

Nasib baik la aku ada kawan2 kat sini...so tak la boring sangat. Tapi ni dok pikir cane la kalau aku dok lumut nanti??? mau sebatang kera aku kat lumut tu nanti...tak sanggup hokey!

Sian saja luahan hati aku di Hari Wilayah ni. Tima kasih kalau ada yang simpati :(



Thanks Lynda for this pic & cuppy!!! 
Can't wait to see u gals today...

Wednesday, January 25, 2012

1st Entry 2012 ~ Epi Bufday To Me ~

Gila lama tak update blog kannnnnnn!!! Stended tahun baru...orang akan mulakan dengan entri azam baru. Aku pulak start azam baru setiap 25 Jan (in conjunction with my bufday). So...i wanna wish myself...SELAMAT HARI JADI yang ke 23....weehoo!!!



Kepada hubby, family, sanak saudara, jiran tetangga, kawan rapat dan tak rapat..kengkawan kat FB, BFF, tweethearts...thanks for all the sweet wishes!!! terima kasih la sebab sudi wish saya...yang susah2 call memalam buta nak wish kat saya...yang sibuk sms saya...yang sibuk post kat wall...yang sibuk tweet saya...yang sibuk nak belanja saya makan...yg sibuk nak suap saya kek...terima kasih byk2! saya sayang anda semua :) yeah...kenang daku dalam doamu...amin!

Thursday, December 29, 2011

Cameron Highland Escapade

Ok sekarang baru ada mood nak cite pasal kitorang punya horneymoon mode lepas Mr Navy balik hari tu. Memandangkan both of us cuti 2 minggu...kitorang pun plan for short trip je. Start daripada Awal Muharram tu...kitorang terus pegi Lumut sebab Mr Navy kena report duty kat kapal balik. Pastu dia ada penyampaian sijil untuk Ops Fajar. Lebih kurang 2 hari gak la aku stay kat Lumut. Nothing much to do..dia just bawak aku jalan-jalan kat Manjung. Kat Manjung tu ada orang jual durian yang sangat murah. 5 bijik 10 hinggit. Mr Navy kan memang hantu durian so dia pun beli pastu kitorang makan kat Marina Island sambil enjoy the sunset.






Sunset...that's Pulau Pangkor...cantik kan

Hari Rabu tu Mr Navy keje half day je so abis keje je dia terus ajak pegi Cameron Highland sebab dah lama tak pegi. Kitorang memang gamble habis la...tak buat booking semua. Dah la dia lalu jalan lama...gila!. Aku pening...rasa nak muntah...pitam semua pun ada. Jalan pusing-pusing dalam sejam lebih kot. Aku bantai tido je sebab tak tahan. Sampai je kat tanah rata dia tanya nak stay mana. Time kitorang sampai tu dah nak dekat maghrib so cakap kat dia mana-mana pun ok je sebab dah nak malam so bukan boleh nampak apa pun. Finally we have decided nak stay kat town area sebab ada Starbucks...ahaks! Sebelum tu kitorang layan steamboat dulu...boleh tahan la gak rasa dia.

Steamboat for 2...30 hinggit je

Kerang bakar dia sodap


Drama King betul la mamat ni

Lihat perutku

Kenyang sudah

Kitorang check in kat The Planters. Not bad la hotel dia. Dari luar nampak cam biasa je tapi interior kat dalam memang cantik. Malam tu Mr Navy teringin nak makan sate...so kitorang makan sate kat gerai seberang jalan je. Lepas tu terus lepak kat Startbucks...sederet ngan hotel kitorang je. Gila ramai mat saleh kat area ni...so rasa cam kat oversea pun ada.


hotel room

sate for dinner

facebooking...



Starbucks Cameron Highland

awat seyes sangat???

Next day...bangun awal pagi kitorang terus breakfast kat hotel pastu jalan-jalan kat area tu. Memang tak de mende pun. Pastu balik hotel terus check out sebab nak ronda-ronda kat tempat lain pulak. Kitorang singgah shopping sayur-sayuran (murah gila) pastu pegi ladang strawberry and lastly pegi Tea Boh Plantation. Siap melawat kilang teh lagi tau.


breakfast dia simple je...roti ngan fried rice


pokok cili pada for my mum

stawberry



















selesai susah escapade kitorang kali ni...ok bai